Wednesday, December 9, 2009

Alam Ciptaan Tuhan


Beberapa hari ni,Allah tak berhenti-henti bagi aku,kita merasa nikmat dia.Angin yang menyapa pipi aku dengan sentuhan lembut membuatkan aku terpesona dengan alam ciptaan Allah ni...sungguh mendamaikan,sungguh nyaman.
Tapi,pada masa yang sama,aku sedih...sedih memikirkan bumi ni makin lama makin 'sakit' dek kerana tangan manusia.Pencemaran berleluasa,perang semakin menjadi-jadi..tak tau la bila semua ni akan berakhir.Bukit ditarah,hutan semakin gondol,langit semakin kelam dek jerebu...tension aku.
Namun,aku tetap bersyukur kerana aku masih melihat ada manusia yang baik menjaga pemberiaan Allah yang tidak ternilai ni.Perjalanan aku ke Sabah dan Sarawak baru-baru ni meyakinkan aku bahawa dunia ini masih ada penyelamat.Lain betul keadaan di sana dengan di semenanjung.Kalau Allah perkenankan,memang nak jejakkan lagi kaki kat sana.
Ingat la semua,dunia ni tak kan kekal selamanya.Jadi sementara dunia ni masih ada,jagalah ia dengan sebaik mungkin sebab ni je la tempat tinggal kita.

No comments:

Post a Comment