Monday, May 14, 2012

Penat...

Terus-terang aku katakan yang aku betul-betul penat. Memikirkan kerja-kerja atau assignment yang seperti tak kunjung padam. Badan aku dah tak larat, minda aku semakin penat. Kekadang dah tak tahu nak pikir apa. Tapi Alhamdulillah, dalam kepenatan tu aku ada tempat untuk aku melampiaskan kepenatan aku. Thanks sayang.

Alhamdulillah, usaha team aku yang tidak kenal erti putus asa telah membuahkan hasil. Alhamdulillah, sekejap betul penerimaan pihak PKNM untuk menjalankan program untuk subjek Training & Development aku. Skang ni, kena bertungkus lumus untuk siapkan semua benda yang berkenaan program tersebut. Insyallah, aku akan berikan yang terbaik untuk program tu.

Dan skang ni, aku tengah berperang dengan diri aku sendiri supaya untuk kekal dalam permainan. Bak kata orang putih, to stay in the game. Sebab bila diri aku diserang dengan pelbagai tekanan, aku rasa cam nak menyerah je. Tapi kena fikirkan apa yang menunggu aku di masa depan. kena cuba sedaya upaya aku untuk kekalkan diri di dalam peperangan ini. 

Lagi satu, semalam gaduh dengan awek aku. Takpe la, dalam perhubungan apa-apa pun, mesti akan berlaku benda-benda seprti itu. Tapi, buang yang keruh, ambil yang jernih. Pape pun, i really love you. I miss you every second of my life.