Wednesday, December 30, 2009

Kejutan...


Yeah...akhirnya aku sampai di bumi kelantan.Gembira sungguh hati ini.Aku kembali dengan satu imej baru.AKu da jadi botak..haha
AKu dah agak dah,imej baru aku ni akan jadi satu fenomena yang havoc.Kejutan kat sini ialah ramai kekawan aku terkejut tengok aku botak...adoi ai.
Banyak gila teori yang aku dengar.Macam Mawilah,macam abang najah lah(bekas senior aku),suh kekalkan camni lah.Banyaklah komen yang aku terima.Lawak gila aku dengar.Ape pun,aku happy dapat dengar komen camtu sebab ia buat aku happy giler.
Sebenarnya aku botak ni nak mengelakkan aku jadi lagi botak.Itu pun lepas adik aku bising kat aku banyak kali.Jadi,dengan hati yang berat aku pun dibotakkan oleh adik aku.Dan inilah aku yang sekarang.huhu

Peace Ya'll

Wednesday, December 23, 2009

Sakit....


Ya....akhirnya aku kembali ke negeri tercinta setelah 7 hari berkursus di Kelantan.Tapi,masalahnye skang badan aku ni tengah sakit.Aktiviti dia memang seksa tapi cool and best giler.
Banyak gak ar yang boleh aku belajar dari kursus ni and frankly,aku rasa cam ada perubahan kat diri aku ni.Memula memang aku tak nak gi,ye la,ganggu cuti aku kan.Tapi,aku pikir mungkin ada benda baik yang boleh aku dapat kat kursus ni,jadi,dengan hati yang kental,aku berangkat ke uitm.
Benar,aku perolehi pengalaman yang aku tak dapat di mana-mana.Insyallah,akan aku gunakan ilmu yang diperolehi.Lagi satu,aku dapat jumpa kawan baru.Contohnya,komander aku,aku cukup takut ngan dia waktu part 1 dulu.Dan apabila aku jumpa dia dalam kursus ni,cakap ngan dia,baru la aku tau,dia seorang yang cool giler.And aku juga dapat jumpa ramai orang yang hebat.Alhamdulillah.
Apepun,kursus ni akan jadi salah satu kenangan yang paling manis dalam kehidupan u aku.

Saturday, December 19, 2009

Gembira....


Alhamdulillah, sejak insiden yang berlaku di dalam hidup aku hari tu,baru aku perasan yang ramai masih sayangkan aku.Aku bebetul tak sangka and rasa gembira sangat apabila adik aku sendiri yang selalu macam buat tak tahu atas keadaan aku,hantar kata-kata semangat kepada aku.
Aku betul-betul terharu sebab Allah masih sayangkan aku dan tunjukkan kepada aku yang ada orang masih sayangkan aku.
Aku rasa,dengan adanya orang yang tersayang di sekeliling aku,aku akan dapat menghadapi hidup ini dengan lebih tabah.I love you all.

Friday, December 18, 2009

Hancur....


Dalam cuti sem ni banyak perkara yang berlaku kat aku. Gembira,sedih,semua ada. Gembira kerana aku punya result and yang aku nak cakap kat sini adalah perkara yang telah membuatkan aku menangis sepanjang cuti ni.
Aku telah kehilangan seorang yang amat aku sayang dalam hidup ni.Bila dia buat macam tu,memang hati aku hancur sangat.Aku rasa cam tak bleh hidup dah.Dan,selepas hari tu,aku da jadi macam orang gila.tak boleh bagi respon pada dunia sekeliling.Macam aku ni dah mati,jiwa aku kosong.Semua benda yang aku buat diikuti dengan tangisan.Mandi,nangis. Duduk,nangis. Tido,nangis. Memang aku tak tau nak buat ape selain menangis.Air mata ni sentiasa keluar je.Biar lah ape orang nak cakap.Aku ni bukan lelaki,asyik suka menangis je,aku ni sentimental sangat,aku ni suka layan perasaan....biarlah ape orang nak cakap.Sebab mereka tak alami apa yang aku rasa.
Aku memang tak boleh terima hakikat,tapi,ayah aku menjadi pendorong.Dia pun tak setuju aku jadi macam tu.Yes,itu yang aku perlukan pada waktu ni.Nasihat dia membuatkan aku tersedar dari lena yang panjang.Seolah-olah,aku baru keluar dari mimpi ke alam yang nyata.Apa yang ayah aku cakap memang betul,aku tak boleh lepaskan life aku atas sebab macam ni.Jadi aku ambil kata-kata dia sebagai hikmat untuk kehidupan aku.Dan untuk pengetahuan semua,leftenan sekarang hanyalah sebagai kawan je.tak lebih dari itu.Setelah apa yang berlaku ni,aku pasti hidup aku akan berubah selama-lamanya.

Thursday, December 10, 2009

bestnye!!!!


Alhamdulillah...keinginan yang meluap-luap untuk kekal dalam rank 3 pointer ke atas telah berjaya diperolehi.Aku rasa aku macam budak kecil yang dapat gula-gula...suka gila.
Berkat dari usaha aku sem lepas dan kawan-kawan,aku telah berjaya mendapatkan ape yang aku nak dan secara tak langsung membuatkan parents aku gembira.Walaupun tak dekan,Tapi aku tau yang diorang suka.
Aku cam takleh gambarkan perasaan aku sekarang ni.Kalo ble aku nak jerit je,tapi takleh la pulak,takut semua jiran aku terkejut pulak...hehe
Apepun,aku bersyukur ke hadrat Ilahi sebab memperkenankan doa aku selama ni.Dan kalo bleh aku nak peluk ngan cium suma lecturer aku sebab banyak membantu aku sem lepas.ape pun,terima kasih kepada semua yang menolong aku.

Thank you all....

Tension...


Adoi....cuti ni banyak membuatkan aku tension.Sejak balik dari Borneo ni,kebanyakkan masa aku di habiskan kat umah.Macam takde life la.
Nak buat camne?Moto cuma ada satu je yang boleh digunakan,itu pun adik aku selalu ,guna.lesen keta takde lagi. Nasib baik la aku ni pun jenis malas nak kuar,tapi,memang nak kuar gak.Malas nak sekadar dudk tak buat apa-apa.Dah boring buat keje kat umah,aku plak yang jadi anak dara.Pelik gak tu.
Tapi takpe,arini nak bawak yang baru datang dari Kelantan jalan-jalan keliling Melaka.Akhirnya dapat gak kuar....huhu,best,best.
Lagi satu yang membuatkan aku tension ialah pepagi lagi parents aku da bising pasal gas abis.Takpe,di sebabkan itu tanggungjawab aku,aku terus gi mendapatkan tong gas yang kosong tu dan terus gi beli yang baru.Akhirnya,dapur aku berasap semula....Terima kasih kepada aku(koya la pulak)
Hope today gonna be the best day.......

Wednesday, December 9, 2009

Fikirkan....


"You either die a hero,or you live long enough to see yourself becoming the villain"
-Harvey Dent(The Dark Knight)

Ape yang boleh kita faham dari ayat diatas?lebih baik kita mati sebagai wira,atau hidup lama untuk melihat diri kita menjadi penjahat.
Bagi aku,semua yang dilahirkan ke dunia ini adalah wira.Kenapa?Sebab antara berjuta yang berebut untuk disenyawakan,kita terpilih.Itu menunjukkan bahawa kita adalah wira untuk diri kita sendiri.Tapi,masalahnya,ramai manusia di luar sana memilih untuk menjadi seorang loser.Just what the heck happen to these people?
Pengalaman aku menjadi ketua organisasi banyak membantu aku untuk menjumpai ramai wira.Anak-anak buah aku boleh dikatakan hebat-hebat.Lebih hebat dari aku kalau nak diikutkan.
Kenapa aku cakap macam tu?Sebab ada diantara mereka yang mempunyai pelbagai jawatan,dan masih berupaya mendapatkan keputusan yang terbaik.Terus terang aku cakap,aku tak boleh buat macam yang diorang buat.Dan aku bangga sebab aku ada anak-anak buah yang hebat dan mereka layak digelar wira.Dan sebab itu jugalah aku sayang diorang suma.They are like a family I never had.
Salute to all of you.My brothers and sisters.
Thank you all.....

Alam Ciptaan Tuhan


Beberapa hari ni,Allah tak berhenti-henti bagi aku,kita merasa nikmat dia.Angin yang menyapa pipi aku dengan sentuhan lembut membuatkan aku terpesona dengan alam ciptaan Allah ni...sungguh mendamaikan,sungguh nyaman.
Tapi,pada masa yang sama,aku sedih...sedih memikirkan bumi ni makin lama makin 'sakit' dek kerana tangan manusia.Pencemaran berleluasa,perang semakin menjadi-jadi..tak tau la bila semua ni akan berakhir.Bukit ditarah,hutan semakin gondol,langit semakin kelam dek jerebu...tension aku.
Namun,aku tetap bersyukur kerana aku masih melihat ada manusia yang baik menjaga pemberiaan Allah yang tidak ternilai ni.Perjalanan aku ke Sabah dan Sarawak baru-baru ni meyakinkan aku bahawa dunia ini masih ada penyelamat.Lain betul keadaan di sana dengan di semenanjung.Kalau Allah perkenankan,memang nak jejakkan lagi kaki kat sana.
Ingat la semua,dunia ni tak kan kekal selamanya.Jadi sementara dunia ni masih ada,jagalah ia dengan sebaik mungkin sebab ni je la tempat tinggal kita.

Makan....

Kalau difikirkan pasal makan...tak tau la ape aku nak cakap..sebab,dari pemerhatian aku,sejak cuti ni,teruk gila pemakanan aku.Sikit-sikit ke dapur masak pastu makan.Aku pun risau,dengan badan aku yang semakin berkembang pesat,aku rasa,kalo diteruskan camni,suma baju aku nanti tak muat.
Bukan ape,memang duk umah boring gila,moto adik aku selalu guna pulak.Jadi aku tersekat di rumah dengan membuat kerja rumah seperti mengemas ngan memasak.So,macam takde workout sangat.Kalo kat u,lain la...nak gi memana mesti turun naik tangga.Jadi aku rasa yang aku lebih sihat bila ada kat u.Tak sabar rasanya nak balik u....bila la nak abis cuti ni...adoii.....!!!!!!

Gewe/Awek


Akhirnya,setelah lama hidup keseorangan dan kesepian,Allh kurniakan aku teman hidup.Tak sangka tul aku...gembira tul diri ni.Adakah aku bermimpi?....tak,ini realiti.....hahahaha
Ini merupakan turning point dimana aku kena bertanggungjawab atas hubungan aku dan berharap teman aku boleh give and take dalam hubungan kitorang.Aku tak berani nak janji bahawa hubungan ini akan kekal sampai bebila sebab jodoh tu ditangan Allah.But as long as it can be defended,i'll defend it.
Seorang askar berpangkat leftenan,umur sebaya aku,21 tahun and dia skang berpangkalan di kl.Serba sedikit tentang gewe aku.
I'm looking forward for this relationship and hope it is full of happiness...

bereh.....

Tuesday, December 8, 2009

Facebook

Facebook?
Kalo orang tak tau benda ni tak tau la nak cakap ape..satu fenomena yang aku sendiri mengikuti perkembangannye.
Nak diikutkan,aku memperlekehkan facebook ni dulu.Tapi,sejak ada akaun facebook ni,galak gila aku ber-fb.
Banyak kebaikan yang aku ble tengok dari facebook ni.Aku dapat ramai kawan dari facebook ni.Satu kemajuan yang aku sendiri tak sangka dan ianya mengembirakan aku.Dan aku dapat menolong ramai orang sejak aku aktif facebook ni.Satu lagi pencapaian yang aku boleh banggakan.Aku tengok facebook ni juga bleh digunakan untuk menyebarkan dakwah,berita,ngan penghargaan.Memang bagus.
Tapi,ada gak keburkan dia walau pun tak banyak tapi ada gak.First,jadi medan untuk sebarkan dakyah palsu.Second,tempat bergosip..memang tak bagus..tapi aku takleh buat papela...da jadi trend,buat tak tau je la.
But,as a whole,i still think it is the best place to meet new people and meet new oppoturnity.

KE MANA KITA MENGHILANG

Dalam kehidupan kita seharian, tanpa kita sedari, banyak yang kita hilang. Umur kita semakin pendek, senja sudah mendekati...namun kita masih menganggap diri kita ini seperti akan kekal selamanya. Kekadang diri ini sedih melihat kerenah anak muda yang liar sangat....seperti dah hilang harga diri. Kenapa kita perlu menggadaikan semuanya demi keseronokan?
Kenapa perlu mengeluarkan kata-kata yang tidak patut? Kenapa mesti menyakitkan hati orang lain semata-mata untuk mendapatkan keseronokan?
Bagi aku,tak salah nak berseronok....berseronoklah sampai nak terlingkup sekalipun,pergilah...tapi,jaga adab pergaulan,jaga tingkah laku,jaga mulut...baru keseronokan yang kita rasa tu bermakna.
Benda ni ditulis sebab kesian tengok orang yang tak bersalah sakit badan dengan sakit hati sebab orang lain nak seronok...bagi aku tak betul la tu.....aku sendiri pernah kena and memang takleh terima la.....tapi nasib baik aku jenis yang tak amik kisah.....nak buat camne kan?nanti kita tegur,takleh terima,tak tegur makin menjadi plak...jadi,kesimpulannya,kita sendiri kena berubah. Jangan nak harap orang lain yang ubah kan kita....sebab bila orang da meluat,kita akan hilang segalanya.