Wednesday, April 11, 2012

Kegembiraan...


Kegembiraan aku kali ni amatlah tinggi. Alhamdulillah, seorang wanita telah membuka hatinya untuk aku. Dan aku memang tak dapat nak gambarnya betapa syukurnya aku skang ni. Insyallah, lepas ni, aku akan cuba untuk jadi lelaki yang baik.

Kegembiraan aku yang kedua pulak adalah pointer aku untuk sem lepas memang menggembirakan diri aku. Walaupun tak dekan, tapi alhamdulillah, lagi 0.08 lagi nak dekan. Apapun syukur kepada Allah, terima kasih buat lecturer dan sahabat kerana banyak membantu.

Insyallah, selepas ni, segala kegembiraan dan kesedihan aku dapat dikongsi bersama orang yang tersayang. Thank you for coming into my life.