Wednesday, October 30, 2013

Cedera...

Dah sekian lama tak menulis dalam blog ni kan? Sebenarnya banyak yang aku boleh tuliskan, tapi cuma diriku dirundung kemalasan. 

Well, aku sebenarnya dalam fasa pemulihan sekarang ni. Untuk pengetahuan korang, I injured my left leg the other day during training. My knee and ankle is totally out. Jadi skang ni atas nasihat, aku kena berehat. Masalahnya aku dah dua bulan tak leh nak workout. Menyebabkan badan aku naik balik. sedih betul. Aku nak kembali semula pada masa aku boleh kuar peluh dan bersosial dengan kawan-kawan gym aku.

Tapi takpe, aku redha dengan keadaan aku skang ni dan once I recovered, i will never part with my gym again. Perkara memilukan berlaku pada aku dalam bulan oktober ni. Pak cik aku dan nenek saudara aku telah kembali ke rahmatullah. Semoga mereka ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. Bagitulah manusia, setinggi mana pun kita dudk, lama-lama ke tanah juga kita kembali. 

Tentang hidup pulak, aku masih lagi meneruskan perjalanan hidup aku seorang diri. Masih menunggu seseorang untuk datang menjengah dalam hidup aku dan bersama-sama aku meneruskan perjalanan. Aku skang ni berserah pada Allah je. 

Dan skang ni aku still lagi mencari kerja. Banyak borang aku hantar, interview yang datang menjemput baru ada 3. Belum sampai rezeki kot. Just sabar jelah buat waktu ni. Apapun, dalam bab kerja ni, aku cukup tak setuju bila ada orang suh aku tinggalkan interview. Dia boleh cakap sebab dia dah ada kerja. Cuba paham diri yang belum dapat kerja ni.

Itu jelah celoteh aku. Papepun, be happy and smile always. No matter how the world treat you

Sunday, September 8, 2013

Usaha...

Alhamdulillah, dah 8 bulan aku start buat workout. Aku dah boleh start nampak hasil dia. Gambar di sebelah ni adalah hasil dari usaha aku. 

Sepanjang perjalanan ini, aku dah hadapi banyak sangat dugaan dan cabaran. Senyuman sinis dari manusia-manusia kat gym, ejekan, tohmahan, dan tak lupa jugak kata-kata untuk menjatuhkan semangat aku. Tapi aku dah determined nak kurus.

Bukan apa, as a man, aku aware that bentuk badan aku ni bukan menjadi pilihan ramai wanita, dan mungkin juga bukan pilihan syarikat-syarikat untuk diambil sebagai pekerja. 

Untuk pengatahuan korang, aku baru sahaja manamatkan degree aku. Alhamdulillah jugak, semua berjalan lancar sepanjang aku menjalani proses pemerolehan degree aku. Truth to be told, it is one of the best moment in my life yet. Sekarang ni aku dalam usaha untuk mencari kerja pulak. 

Berbalik kepada usaha aku untuk kurus tadi, apa yang aku dengar, syarikat susah nak ambil orang gemuk sebab diorang nampak (stereotypical) yang orang gemuk ni pemalas. Aku nak ubah persepsi diorang yang orang gemuk pun ada WILL OF IRON. 

Jadi setakat ni je lah celoteh aku. Aku rasa sementara aku menunggu dapat kerja tetap ni, boleh jugak aku start balik menulis blog. Isi masa lapang. Jadi apapun yang berlaku, I just have to be strong and keep on fighting. 

Monday, May 14, 2012

Penat...

Terus-terang aku katakan yang aku betul-betul penat. Memikirkan kerja-kerja atau assignment yang seperti tak kunjung padam. Badan aku dah tak larat, minda aku semakin penat. Kekadang dah tak tahu nak pikir apa. Tapi Alhamdulillah, dalam kepenatan tu aku ada tempat untuk aku melampiaskan kepenatan aku. Thanks sayang.

Alhamdulillah, usaha team aku yang tidak kenal erti putus asa telah membuahkan hasil. Alhamdulillah, sekejap betul penerimaan pihak PKNM untuk menjalankan program untuk subjek Training & Development aku. Skang ni, kena bertungkus lumus untuk siapkan semua benda yang berkenaan program tersebut. Insyallah, aku akan berikan yang terbaik untuk program tu.

Dan skang ni, aku tengah berperang dengan diri aku sendiri supaya untuk kekal dalam permainan. Bak kata orang putih, to stay in the game. Sebab bila diri aku diserang dengan pelbagai tekanan, aku rasa cam nak menyerah je. Tapi kena fikirkan apa yang menunggu aku di masa depan. kena cuba sedaya upaya aku untuk kekalkan diri di dalam peperangan ini. 

Lagi satu, semalam gaduh dengan awek aku. Takpe la, dalam perhubungan apa-apa pun, mesti akan berlaku benda-benda seprti itu. Tapi, buang yang keruh, ambil yang jernih. Pape pun, i really love you. I miss you every second of my life. 

Wednesday, April 11, 2012

Kegembiraan...


Kegembiraan aku kali ni amatlah tinggi. Alhamdulillah, seorang wanita telah membuka hatinya untuk aku. Dan aku memang tak dapat nak gambarnya betapa syukurnya aku skang ni. Insyallah, lepas ni, aku akan cuba untuk jadi lelaki yang baik.

Kegembiraan aku yang kedua pulak adalah pointer aku untuk sem lepas memang menggembirakan diri aku. Walaupun tak dekan, tapi alhamdulillah, lagi 0.08 lagi nak dekan. Apapun syukur kepada Allah, terima kasih buat lecturer dan sahabat kerana banyak membantu.

Insyallah, selepas ni, segala kegembiraan dan kesedihan aku dapat dikongsi bersama orang yang tersayang. Thank you for coming into my life.

Thursday, February 9, 2012

Baru...


Rasanya aku dah jarang meluahkan perasaan aku kat dalam blog ni, dan selama tu lah aku merasakan sesuatu kekurangan. Nak buat camne, dengan keadaan aku yang agak sibuk sebelum ni. Alhamdulillah, aku baru sahaja selesai mendudki exam untuk degree aku. Untuk pengatahuan korang, aku skang ni sambung degree kat Melaka.

Sekarang ni, aku nak sasarkan yang aku akan dapat first class bila habis degree nanti. Dan aku perlu buat yang terbaik untuk dapatkan first class tu. Pada masa yang sama, aku sekarang ni tengah melalui fasa yang di namakan sebagai fasa "sendirian berhad". Yup, untuk pengetahuan korang, aku baru je break up. Memang aku sedih sangat, tapi dah takde jodoh. Lepas break up memang aku jadi tak siuman. Aku mengulangi perkara yang pernah aku buat selepas break up dengan ex aku yang dulu. Tapi lagi sekali, ayah aku jugak yang menjadi penyelamat aku. Dad, you are my hero!!!!!

2 minggu lepas, aku kembali semula ke Universiti Teknologi MARA Kelantan. Banyak perubahan yang dapat aku tengok kat situ. Bila aku jejakkan kaki kat situ semula, semua memori bersama kawan-kawan menerjah masuk dalam minda aku. Aku rasa kalau aku tak kawal emosi aku time tu, mahu aku menangis. Apapun, aku enjoy sebab aku dapat jumpa ramai kawan-kawan aku time tu. Time tu pulak UiTM tengah buat festival kolej. Memang lagi meriah la. Time balik pun aku sedih gak sebab tu mungkin kali terakhir aku akan jejakkan kaki aku kat situ. Kalo aku sampai selepas ni pun, mungkin orang-orang yang aku kenal dah digantikan dengan orang lain.

Sebut mengenai baru di atas, aku ingin menucapkan selamat tahun baru 2012 untuk semua people walaupun dah agak lambat. ye la, sekarang ni dah bulan 2. hahaha..... Apapun, alhamdulilah, aku akan masuk semester 4 untuk degree aku bulan 3 ni. Jadi, wish me luck and have fun guys.....


Wednesday, June 15, 2011

Kembali...


Rasanya dah lama aku tak menulis dalam blog aku nih, rasa rindu pun ada, tapi korang kena paham, keadaan aku agak sibuk. Jadi terpaksa meninggalkan bidang ni sebentar. Alhamdulillah, dalam sepanjang durasi aku tak menulis, banyak benda menarik yang berlaku dalam hidup aku nih.

Firstly, aku baru saje tamat dengan pengajian aku dalam Diploma Pengajian Perniagaan. Alhamdulillah, dalam kepayahan sepanjang 3 tahun mengharungi pahit manis, dapat juga merasa gembiranya mendapat diploma dalam tangan. Itu belum Konvokesyen tu. Tapi dah memang konfirm aku akan dapat diploma.

Second, I'm In Love. Dengan budak UiTM Kelantan jugak. Tapi kitorang tak couple lagi sebab dia nak kahwin dulu baru bercinta. Bila aku pikir balik, beruntung aku dapat dia. Kami masih dalam proses mengenali antara satu sama lain. Aku dah bincang dengan ayah aku mengenai hal ni dan dia nampak ok. Jadi skang ni adalah berdoa supaya jodoh aku dengan dia kekal sehingga kami ke jinjang pelamin dan sehingga akhir hayat.

Lastly, Insyallah, dalam bulan September ni aku akan menyambung pelajaran aku ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang tak tentu lagi. Looking forward to that day.

Sunday, July 18, 2010

KPO...


Fuh.....pengalaman paling best dalam sejarah aku bercamping. First time nak gi tu, memang rasa nak lari nak lari balik je. Malas giler. Touching down dari bas, suasana terus jadi lain. Aku sampai di Danau Tok Uban. Dan aku akan bercamping selama 4 hari. At that time, aku rasa cam nak pengsan. Takut punya pasal.

Sepanjang aku kat situ, aku di ajar bagaimana keadaan semasa negara, apa yang sedang berlaku tapi kita tak nampak. apa yang kita patut buat untuk selamatkan negara kita dan yang paling penting, macam mana untuk jadi seorang ketua yang berkaliber. Ceramah dan LDK yang aku lalui menyedarkan aku tentang apa yang patut aku buat dalam menjalankan tugas aku sebagai ketua.

Hari ketiga, aku melakukan aktiviti lasak. First time aku naik rakit. Dan aku tak sangka yang rakit tu mampu untuk menampung berat badan aku...hahahaha. Semasa berakit, banyak yang pengalaman yang aku terima. Bagaimana susahnya untuk menjadi ketua. Tapi alhamdulillah, aku berjaya menghabiskan juga aktiviti berakit tu. Yang paling best time aktiviti tu, aku dapat berenang kat tempat yang paling dalam sejak aku mula berenang....pepaham je la. Time malam tu, setelah penat lelah, dan tanpa diduga, jurulatih kitorang buka peluang untuk karaoke, apa lagi, aku nyanyi la.....best woooo.....

Apa-pun, pengalaman bercamping ini merupakan pengalaman yang terbaik dan yang terbest dalam hidup aku