Thursday, February 9, 2012

Baru...


Rasanya aku dah jarang meluahkan perasaan aku kat dalam blog ni, dan selama tu lah aku merasakan sesuatu kekurangan. Nak buat camne, dengan keadaan aku yang agak sibuk sebelum ni. Alhamdulillah, aku baru sahaja selesai mendudki exam untuk degree aku. Untuk pengatahuan korang, aku skang ni sambung degree kat Melaka.

Sekarang ni, aku nak sasarkan yang aku akan dapat first class bila habis degree nanti. Dan aku perlu buat yang terbaik untuk dapatkan first class tu. Pada masa yang sama, aku sekarang ni tengah melalui fasa yang di namakan sebagai fasa "sendirian berhad". Yup, untuk pengetahuan korang, aku baru je break up. Memang aku sedih sangat, tapi dah takde jodoh. Lepas break up memang aku jadi tak siuman. Aku mengulangi perkara yang pernah aku buat selepas break up dengan ex aku yang dulu. Tapi lagi sekali, ayah aku jugak yang menjadi penyelamat aku. Dad, you are my hero!!!!!

2 minggu lepas, aku kembali semula ke Universiti Teknologi MARA Kelantan. Banyak perubahan yang dapat aku tengok kat situ. Bila aku jejakkan kaki kat situ semula, semua memori bersama kawan-kawan menerjah masuk dalam minda aku. Aku rasa kalau aku tak kawal emosi aku time tu, mahu aku menangis. Apapun, aku enjoy sebab aku dapat jumpa ramai kawan-kawan aku time tu. Time tu pulak UiTM tengah buat festival kolej. Memang lagi meriah la. Time balik pun aku sedih gak sebab tu mungkin kali terakhir aku akan jejakkan kaki aku kat situ. Kalo aku sampai selepas ni pun, mungkin orang-orang yang aku kenal dah digantikan dengan orang lain.

Sebut mengenai baru di atas, aku ingin menucapkan selamat tahun baru 2012 untuk semua people walaupun dah agak lambat. ye la, sekarang ni dah bulan 2. hahaha..... Apapun, alhamdulilah, aku akan masuk semester 4 untuk degree aku bulan 3 ni. Jadi, wish me luck and have fun guys.....