Wednesday, October 30, 2013

Cedera...

Dah sekian lama tak menulis dalam blog ni kan? Sebenarnya banyak yang aku boleh tuliskan, tapi cuma diriku dirundung kemalasan. 

Well, aku sebenarnya dalam fasa pemulihan sekarang ni. Untuk pengetahuan korang, I injured my left leg the other day during training. My knee and ankle is totally out. Jadi skang ni atas nasihat, aku kena berehat. Masalahnya aku dah dua bulan tak leh nak workout. Menyebabkan badan aku naik balik. sedih betul. Aku nak kembali semula pada masa aku boleh kuar peluh dan bersosial dengan kawan-kawan gym aku.

Tapi takpe, aku redha dengan keadaan aku skang ni dan once I recovered, i will never part with my gym again. Perkara memilukan berlaku pada aku dalam bulan oktober ni. Pak cik aku dan nenek saudara aku telah kembali ke rahmatullah. Semoga mereka ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. Bagitulah manusia, setinggi mana pun kita dudk, lama-lama ke tanah juga kita kembali. 

Tentang hidup pulak, aku masih lagi meneruskan perjalanan hidup aku seorang diri. Masih menunggu seseorang untuk datang menjengah dalam hidup aku dan bersama-sama aku meneruskan perjalanan. Aku skang ni berserah pada Allah je. 

Dan skang ni aku still lagi mencari kerja. Banyak borang aku hantar, interview yang datang menjemput baru ada 3. Belum sampai rezeki kot. Just sabar jelah buat waktu ni. Apapun, dalam bab kerja ni, aku cukup tak setuju bila ada orang suh aku tinggalkan interview. Dia boleh cakap sebab dia dah ada kerja. Cuba paham diri yang belum dapat kerja ni.

Itu jelah celoteh aku. Papepun, be happy and smile always. No matter how the world treat you

Sunday, September 8, 2013

Usaha...

Alhamdulillah, dah 8 bulan aku start buat workout. Aku dah boleh start nampak hasil dia. Gambar di sebelah ni adalah hasil dari usaha aku. 

Sepanjang perjalanan ini, aku dah hadapi banyak sangat dugaan dan cabaran. Senyuman sinis dari manusia-manusia kat gym, ejekan, tohmahan, dan tak lupa jugak kata-kata untuk menjatuhkan semangat aku. Tapi aku dah determined nak kurus.

Bukan apa, as a man, aku aware that bentuk badan aku ni bukan menjadi pilihan ramai wanita, dan mungkin juga bukan pilihan syarikat-syarikat untuk diambil sebagai pekerja. 

Untuk pengatahuan korang, aku baru sahaja manamatkan degree aku. Alhamdulillah jugak, semua berjalan lancar sepanjang aku menjalani proses pemerolehan degree aku. Truth to be told, it is one of the best moment in my life yet. Sekarang ni aku dalam usaha untuk mencari kerja pulak. 

Berbalik kepada usaha aku untuk kurus tadi, apa yang aku dengar, syarikat susah nak ambil orang gemuk sebab diorang nampak (stereotypical) yang orang gemuk ni pemalas. Aku nak ubah persepsi diorang yang orang gemuk pun ada WILL OF IRON. 

Jadi setakat ni je lah celoteh aku. Aku rasa sementara aku menunggu dapat kerja tetap ni, boleh jugak aku start balik menulis blog. Isi masa lapang. Jadi apapun yang berlaku, I just have to be strong and keep on fighting.