Sunday, September 8, 2013

Usaha...

Alhamdulillah, dah 8 bulan aku start buat workout. Aku dah boleh start nampak hasil dia. Gambar di sebelah ni adalah hasil dari usaha aku. 

Sepanjang perjalanan ini, aku dah hadapi banyak sangat dugaan dan cabaran. Senyuman sinis dari manusia-manusia kat gym, ejekan, tohmahan, dan tak lupa jugak kata-kata untuk menjatuhkan semangat aku. Tapi aku dah determined nak kurus.

Bukan apa, as a man, aku aware that bentuk badan aku ni bukan menjadi pilihan ramai wanita, dan mungkin juga bukan pilihan syarikat-syarikat untuk diambil sebagai pekerja. 

Untuk pengatahuan korang, aku baru sahaja manamatkan degree aku. Alhamdulillah jugak, semua berjalan lancar sepanjang aku menjalani proses pemerolehan degree aku. Truth to be told, it is one of the best moment in my life yet. Sekarang ni aku dalam usaha untuk mencari kerja pulak. 

Berbalik kepada usaha aku untuk kurus tadi, apa yang aku dengar, syarikat susah nak ambil orang gemuk sebab diorang nampak (stereotypical) yang orang gemuk ni pemalas. Aku nak ubah persepsi diorang yang orang gemuk pun ada WILL OF IRON. 

Jadi setakat ni je lah celoteh aku. Aku rasa sementara aku menunggu dapat kerja tetap ni, boleh jugak aku start balik menulis blog. Isi masa lapang. Jadi apapun yang berlaku, I just have to be strong and keep on fighting.