Sunday, July 18, 2010

KPO...


Fuh.....pengalaman paling best dalam sejarah aku bercamping. First time nak gi tu, memang rasa nak lari nak lari balik je. Malas giler. Touching down dari bas, suasana terus jadi lain. Aku sampai di Danau Tok Uban. Dan aku akan bercamping selama 4 hari. At that time, aku rasa cam nak pengsan. Takut punya pasal.

Sepanjang aku kat situ, aku di ajar bagaimana keadaan semasa negara, apa yang sedang berlaku tapi kita tak nampak. apa yang kita patut buat untuk selamatkan negara kita dan yang paling penting, macam mana untuk jadi seorang ketua yang berkaliber. Ceramah dan LDK yang aku lalui menyedarkan aku tentang apa yang patut aku buat dalam menjalankan tugas aku sebagai ketua.

Hari ketiga, aku melakukan aktiviti lasak. First time aku naik rakit. Dan aku tak sangka yang rakit tu mampu untuk menampung berat badan aku...hahahaha. Semasa berakit, banyak yang pengalaman yang aku terima. Bagaimana susahnya untuk menjadi ketua. Tapi alhamdulillah, aku berjaya menghabiskan juga aktiviti berakit tu. Yang paling best time aktiviti tu, aku dapat berenang kat tempat yang paling dalam sejak aku mula berenang....pepaham je la. Time malam tu, setelah penat lelah, dan tanpa diduga, jurulatih kitorang buka peluang untuk karaoke, apa lagi, aku nyanyi la.....best woooo.....

Apa-pun, pengalaman bercamping ini merupakan pengalaman yang terbaik dan yang terbest dalam hidup aku

Saturday, May 8, 2010

Kecewa...


Exam aku sem ni amat mengecewakan aku. Walaupun aku telah mencuba, nampaka aku tak boleh nak melawan takdir yang maha Esa. Memang apa yang aku spot langsung tak kuar. Pastu, yang lain tu aku tak dapat buat.

Skang ni aku just bertawakal kepada Allah supaya at least pun dapat lulus pun da syukur sesangat. Sebab lepas je kuar dewan aritu, aku da boleh nampak aku amik semula LAW251 sem depan. Apa pun aku memang kecewa sesangat. Aritu je, air mata aku berapa kali nak tumpah, nasib baik aku sedut balik air mata tu masuk dalam mata balik.

Apapun, pengalaman kali ni memang mengajar aku supaya lebih bersedia menghadapi exam di masa depan. Kalau aku tak belajar jugak, memang aku ni tergolong dalam golongan yang rugi dan bodoh la.

Thursday, April 15, 2010

Tiga...


Kali ni aku nak cerita kan 3 perkara besar yang dah,sedang dan akan berlaku pada diri aku sem ni. Yang pertama skali, yang dah berlaku, aku kehilangan kawan yang paling aku sayang atas kebodohan aku sendiri. Aku betul-betul kecewa. Tapi nak buat camne, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata tak boleh buat apa dah.....memang hidup aku lepas ni penuh dengan penyesalan jela

Perkara yang sedang berlaku, aku baru saja dilantik untuk menjalankan tugas sebagai yang dipertua untuk kolej aku...belum pape lagi aku da rasa di punya tekanan...adoi...adoi. Tapi takpe, berat camne pun kena jalankan tanggungjawab gak. Mungkin ada hikmah Allah jadi kan begini.Nak aku jadi ketua yang baik la kot. Insyallah, cuma skang aku perlukan yang terbaik dari kekawan seangkatan dan semua penghuni kolej.

Terakhir sekali, perkara yang akan berlaku. FINAL EXAM da tinggal seminggu!!!!!
aaaaaa.....takut...takut....takpe..akan ku harunginya dengan tabah. Harap aku ble la kekalkan pointer aku lagi.....aaaaaa.....

Thursday, March 18, 2010

Kepuasan...


Wah.....agaknya dah lama giler aku tak update blog aku ni.Banyak gler yang aku nak cakap.Beberapa hari lalu aku ngan team INDYBS yang lain dah mengadakan malam ukhwah atau sem ni dipanggil malam apresiasi.Memang best gila.Persembahan yang di tunjukkan oleh part 1 memang best.

Gila betul.Rancang lama,tapi dek disebabkan kerenah birokrasi,terpaksa buat lambat.Pada awalnya aku tengok ianya macam gumpalan yang tiada penghujung.Serabut gila.Tapi alhamdulillah,Allah tolong kitorang untuk jayakan malam tu and kitorang suma boleh gelak sesama.Dalam gelak ketawa tu,teringat balik waktu aku masih mentah ketika masuk ke uitm ni.Teringat balik time bila aku yang kena buat persembahan tu.Memang aku akan ingat kenangan tu sampai bila-bila.

Apapun,aku dapat junior yang terbest,crew yang terbest dan yang paling utama, kawan-kawan yang terbest skali dalam dunia.Thank you guys!!!!

Monday, January 11, 2010

TR...


Tun Abdul Razak,kolej pertama aku duduk sejak aku datang dan menetap di UiTM kelantan.Banyak kenangan manis dan pahit yang berlaku kat kolej ni.Namun,semua itu akan tinggal kenangan bila aku pindah ke kolej baru.
Tun Dr. Mahathir,atau TDM,itu lah nama kolej yang telah aku duduki selama seminggu ni.Berpindah ke kolej baru ni akan memberikan cabaran baru kepada aku.Mana tak,kolej ni merupakan kolej paling terpencil kat UiTM Kelantan ni.Nak gi kelas,kalau takde kenderaan,memang innalillah separuh jalan.Nak keluar pun pun akan jadi masalah.Jauh giler dari pintu masuk utama.
Tapi kalau kita tengok dari sudut positif nya,kolej ni ada food court yang paling dekat dengan kolej and makanan dia superb and yang paling penting murah.Itu yang terbaik.Lagi satu,aku pun senang nak gi sukan atau joging.Ok la tu.Apepun,Welcome tu TDM guys....!!!!!

Wednesday, January 6, 2010

2010...


Tahun 2010 ni memang membuka lembaran baru dalam hidup aku.Mana tak,imej tukar,kelas tukar.Dan yang aku dapat bebaru ni memang menggembirakan hati aku.Aku dapat jumpa dengan kawan facebook aku.Siap dapat nombor telefon lagi tu.Tak sangka betul aku.Dah lama main komen-komen dalam facebook,terjumpa kat foyer,terus dapat phone number.hehe,Suka tul aku.Memang beyond my expectation ar.
Aku juga akan jalankan program aku untuk kuruskan badan.Da start buat rutin senaman and aku da nampak hasil dia la.Syukur sesangat.Aku rasa dalam sem ni,aku akan berjaya kuruskan sikit berat badan aku.Yang penting,kena konsisten la.